Friday, 13 July 2012

Emo

Pagi tadi aku bangun dengan niat nak pergi kubur sorang sorang. Entah macam mana, aku boleh pakai akal pagi pagi. Selalu nya pergi kubur dengan semua, and usually kitorang pergi weekends since weekends lah yang adik beradik aku semua available. Ni Ramadhan nak dekat which means ni adalah Ramadhan kedua aku tanpa ayah. Tuhan saje tahu macam mana rasanya. 2years is just a number bilamana perasaan aku masih sama macam hari aku dapat tahu ayah meninggal. Sama. Redha is a one thing, tapi jujur, aku makan hati rindu dan belajar untuk terima benda yang dah jadi. Belajar untuk terima yang manusia ni pinjaman Allah buat kita kat dunia yang sementara ni. Sakit. Aku jenis ego sangat yang memang taknak menangis depan orang. Everytime aku pergi kubur dengan family ni aku memang berjuang gila dengan perasaan. Pagi tadi aku fikir aku memang nak pergi sendiri sebab aku rindu sangaaaaaat dah kat ayah. Dan entah kenapa aku ada sikap macam orang gila tak beriman aku rasa kalau aku pergi sorang, kebarangkalian untuk aku menangis teruk tu sangat tinggi. Oleh sebab ini lah aku batalkan niat nak pergi sorang. Pulak tu, kubur pada aku tempat yang boleh tahan bahaya kot. Bukan ada ramai orang and aku kalau pergi pagi tadi memang aku takkan bagitahu mak aku lah. Kalau dia tahu karang sure tak dikasik nye. 
Takde siapa faham apa aku rasa bila kehilangan orang yang paling faham aku secara dalamnya. Aku sendiri tak pernah share dengan family rasa ni sebab diorang pun kehilangan. Kerana ego, aku berlagak steady. Cool macam aku tabah sangat. Pulak tu aku kena fikir kalau aku menggelabah for sure mak aku akan lebih down. Aku rasa, kadang kadang pandai jugak aku ni berfikir. Ayah aku adalah orang yang paling paling power dan perfect aku pernah jumpa dan ye, aku sedang carik suami yang macam ayah aku. Jenis kalau bagi kata semangat, terus kau rasa nak berdiri dan kasik tau dunia kau boleh jadi Perdana Menteri. Tahap power ayah aku, memang infinity. Aku rely on dia gila gila, aku memang tak independent. Dia jenis jaga anak buat anak ni rasa macam anak raja. Itu memang dia. Tapi sekarang, aku rasa semuanya dah berubah. Ye, berubah. Nangis takkan boleh ubah balik benda yang dah berubah. Dah lama tak nulis, aku tak tahu nak tutup macam mana. 

No comments: