Tuesday, 31 July 2012

Kau rasa apa aku rasa?

Kebelakangan ni, hati aku lembut.
Mudah sayu.
Sampai saat aku menulis ni, aku sedar yang sebenarnya, aku masih belum boleh terima kenyataan.
Kenyataan yang akhirnya, persahabatan mesra yang kita bina selama tiga tahun ni, harus berpecah membawa arah masing masing.
Mungkin ini yang dikatakan pengorbanan.
Ukhuwah itu bukan sahaja bila kita sentiasa 'berjasad bersama' bukan?
Ye aku tahu. Tapi selama aku berkawan jujur, aku rasa ini lah persahabatan yang benar benar aku kuatkan kerana Allah.
Persahabatan ni indah dia lain macam. Aku sendiri tak tahu mana bezanya persahabatan yang aku bina dengan mereka ini, dengan persahabatan yang selama ini aku bina dengan orang lain.
Aku fikir, ini adalah terindah kerana kita berukhuwah pada usia yang tepat.
Bilamana kita matang dalam mendefinisikan persahabatan itu sendiri, walaupun kita ekspresskan dengan kebodohan.
Aku rasa mungkin aku saja yang syok sendiri dengan rasa ni.
Tak sangka, dalam diri aku ada nilai sentimental yang tinggi sampai macam ni sekali.
Bila fikir terkadang rasa macam nak marah. Pada siapa nak aku marah?
Arghhhhhh.
Perkara paling aku malas, untuk bina semula persahabatan baru di tempat baru.
Semoga kita semua terus berjaya dengan haluan masing masing.
Kehidupan dengan kalian tak mungkin aku boleh lupakan.
Ke kelas bersama, makan bersama, tidur bersama, bangun bersama, stalking bersama, malas malasan bersama, idea bersama dan kita berjuang diatas satu perjuangan yang sama. Apa kita tak jemu asyikkkk bersama? Kalian saja yang tahu jawapannya bukan?
Jujur, aku rindu kehidupan tu.
Nuraziah, Fatimah Zahrah, Khairun Nadiah, Ummu Nurhidayatul Sakinah AsSyamsiah, Nurhasnatul Nabila, Shazwina, Najah.
Kita satu.
Semoga suatu hari nanti kita disatukan semula dengan kehidupan yang lebih indah,
di syurgaNya :)

No comments: